Pages

himpunan doa photo himpunandoa.gif

Followers

Wednesday, November 17, 2010

hari raya aidiladha..

bismillahhirrahmanirrahim.....
assalamualaikum semua....
hari ni dh raya.... hmmmmm sayu je pg td.., bile bngun...dgr takbir raya...pertama kali raya tanpa mk n ayh disisi.. menitis air mataku menahan rindu dan kesayuan di hati... syukur alhmdlh..mk n ayh dh g melontar dh td.. td mk call ckp dgn mk n ayh..lega asenye hati.. mk, ayh, adik rindu kt mk n ayh... mk n ayh baik2 kt sane ye... semoga mk n ayhku dilindungi oleh Allah dan mendpt haji yg mambur... x sabar rasenye menanti kepulangan mk n ayh... ku menghitung hari... insyaAllah... pd tanggal 6 disember mk n ayh akn pulang ke Malaysia....tgl 2 minggu je lg... semoga Allah pemudahkan segala urusan mk n ayh.... ku menanti dgn penuh kesabaran dan doaku sntiasa bersama dan ayh...
selamat hari raye mk....
selamat hari raye ayah....
adik syg sgt2 kt mk n ayh.....
mmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 3, 2010

kisah seorang raja...



bismillahhirrahmanirrahim...
skrg ni 9.35 p.m 3 november... tarikh ni, genap jugak lah 13 hari mk n ayhku pergi untk menunaikan haji.. mk, ayah, semoga mk n ayh sentiasa tabah n kuat untuk melakukan segala amalan n rukun... rasa rindu pd mk n ayh dh x terkata lg..makin mencubit2 dibenak hatiku...dh 2, 3 ari aku sakit.. stdy pn blm lg ni..tp ak tau semua ni ujian dr Allah untuk ak.. untuk menyucikan semua dosaku juga untuk lebih mendekatkan ak kpd Allah... dalam kesayuan ni..., teingat ak pd sebuah kisah seorang raja yg pernah diceritakan oleh seorg penceramah semasa aku menghadiri seminarnya.. kisahnya berbunyi begini,...
di sebuah kerajaan ada seorang raja yg sgt berpengaruh.. raja ni suke pergi menunggang kuda dan memburu di hutan.. pada suatu hari..raja sgt rapat dgn seorang hambanya yg bernama husin.,.. raja dan husin selalu keluar bersama untuk memburu...
pada suatu petang, raja dan husin, pergi memburu seperti biasa dgn menunggang kuda...
sedang mereka memerhati, raja terlihat seekor burung lalu raja pn mahu menangkap burung tersebut lalu memecut kudanya.. malangnya raja terjatuh dari kuda dan burung itu pun terbang.. raja kecewa.. husin menghampiri raja dan berkata sambil membantu raja untuk bangun semula.. " wahai tuanku, jgnlah tuanku bersedih, pasti da hikmah disebaliknya.. mujurlah tuanku tiada ape2.."..sambil tersenyum husin berlalu mendptkan kudanya.. raja amat marah dgn husin kerana die berkata begitu.. tetapi die membiarkannya kerana memaafkan husin kali ini...
keesokan harinya, raja dan husin keluar memburu lg... kali ini raja ternampak seekor burung dan memanahnya.. burung itu terjatuh ke tanah dlm keadaan yg sakit.... lalu raja menghampiri burung tersebut dan mahu menyembelih burung tersebut dgn sebilah pisau yg tajam.. tp malangnya raja terpotong jarinya sendiri... raja menjerit kesakitan.. lalu husin mendekati raja dan berkata.."wahai tuanku, jgnlah tuanku bersedih kerana pasti ada hikmah disebaliknya.." raja yg sgt marah dgn husin, lalu menyuruh pengawal2nya memasukkan husin ke dalam penjara. lalu raja berkata.. " duduklah kamu di sana, inilah hukuman buat kamu.."..
sebulan kemudian, raja keluar memburu seorang diri kerana husin telah dipenjarakan.. raja tidak benar2 tahu tentang selok belok hutan sehinggalah raja terlepas sempadan hutan yg dibenarkan.. raja tersesat.. sedang raja mencarfi jalan pulang, raja terserempak dgn golongn manusia yg mkn org.. raja ditangkap dan diikat diatas sebuah periuk yg sgt besar utk dimasak.. sebelum dimasak, raja diperiks oleh ketua puak tersebut. sambil ia memeriksa, die ternampak jari raja tidak cukup 1. lalu ketua tersebut suruh mereka melepaskan raja kerana mereka tidak memakan org yg tidak cukup sifat.. lalu raja dilepaskan... raja berasa sgt bersyukur, dan kini barulah die sedar ape yg dikatakan husin adalah benar.. raja lantas pulang dan membebaskan husin. raja rase sgt bersalah dan meminta maaf kpd husin.. raja menceritakan segalanya kpd husin..raja berkata kpd husin. "wahai husin, maafkan beta kerana beta telah menghukummu tanpa memikirkan ape yg kau katakan ada benarnya.." lalu husin pn menjawab, " wahai tuanku, sepatutnya hamba yg berterima kasih kpd tuanku," raja bersa pelik dan bertanya mengapa husin berkata begitu? lalu husin menyambung, " jika tuanku tdk mengurung hamba disini, sudah pasti hamba akan mengikut tuanku dan pasti hamba akn dimakan oleh puak tersebut.."....

bestkn cerita kt ats,? kadang2 kite merungut dan marah dgn Allah ats ujian yg baru cikit Allah bg utk kite... kite lupe bahawa diri kite ni hyelah pinjaman dr DIA. kita xdk hak pun utk merungut.. tp Allah itu maha penyayang dan pemurah.. Allah sygkn hamba-hambanya, sebap tu Allah uji kita dgn berbagai ujian. tp kite just nampak kesakitan atau derita yg kita tanggung, pernah x kita fikirkan hikmah disebaliknya?? ujian itu mematangkan kita, juga mengajar kita erti sebuah kehidupan juga mendekatkan kita kpd Allah, pencipta kita... kpd sesiapa saja yg membaca blog ini, marilah kita same2 muhasabah diri kita.. kita renung balik diri kita.. kat mana kita sebenarnya? berapa byk amalan kita sebenarnya? adakah kita meletakkan Allah sebagai cinta kita yg utama? dan jika saat ini kita dijemput utk bertemu dgnNya, adakah kita sudah bersedia? adakah kita berjaya atau kecundang? Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2ku, kedua ibu bapaku, adk bradikku,saudara2 ku juga sekalian muslimin dan muslimat, berikan aku hidayah dan cahaya keredhaanMu supaya aku tidak tersesat dlm kancah dunia yg mencabar ini.. berikan ak kekuatan untuk menempuh segala ujian Mu dgn sabar dan redha.. hidupkanlah aku dlm iman dan matikan aku dlm iman..amin...

Friday, October 22, 2010

mak dan ayah..


assalamualaikum dan bismillahirrahmanirahim...
selamat pagi semua....
hari ni dh masuk hari kedua mk n ayah pegi untuk menunaikan ibadat haji..terima kasih YA ALLAH kerana telah memberikan peluang ini buat mk n ayhku.. semoga Allah selamatkan perjalanan mk dan ayah pergi dan balik dgn selamat. jga semoga Allah mempermudahkan segala urusan mk dan ayh di sana.memberikan tubuh badan yg sihat buat mk n ayh.. ak rindukan mk n ayh.. sedih n terharu still ada tp sbg anak, ak akan sntiasa mndoakan utk mk n ayh.. ak gembira mk n ayh dpt peluang keemasan ini, semoga mk n ayah dpt haji yg mambur dan dpt menjalankan ibadah haji dgn tenang..
"ya Allah, lindungilah mk dan ayahku sentiasa, semoga mereka berada di dlm keadaan yg sihat walafiat. permudahkanlah urusan mereka di sana. berikanlah kesabaran buat mereka dan kuatkan mereka ya Allah.., berikan mereka ketenangan dan kekusyukan dlm melakukan ibadah haji dan berikanlah mereka haji yang mambur... amin..."
pd sesiapa yg membaca blog ni, semogas anda dpt mengaminkan dan berdoa juga untk mk n ayhku...

Friday, October 8, 2010

cinta...

cinta adalah anugerah Allah yg tidak terhingga.. sgt bernilai buat seorang insan yg bernama kekasih... cinta memberikan kebahagiaan kpd setiap yg merasainya.. namun... disebalik kegembiraan itu, masih ada juga insan yg menyalah gunakan cinta yg terjalin itu.. mereka menjdkn cinta yg telah terbina itu sbg jambatan untuk mereka melakukan maksiat sehingga mereka lupa pd pencipta mereka. mereka menganggap cinta adalah segala galanya buat mereka. mereka lupa cinta Allah adalah cinta yg sgt penting dan adalah segala-galanya buat mereka. ada juga segelintir insan yg diuji dgn cinta yg hebat. Allah mewujudkan cinta dlm hatinya untuk seorg insan yg tidak pernah mencintainya.,. ujian cinta yg cukup hebat dr sang pencipta kpd hambanya.. barang sesiapa yg berjaya mengharunginya pasti akan mengecapi bahagia yg dia sendiri tidak pernah membayangkannya. namun... bukan mudah untuk melalui ujian itu jika tidak kekuatan di hati.. kerana perasaan itu cukup rumit untuk dilalui dan dirasai oleh sekeping hati yg cukup lemah... sekeping hati yg amat mengharapkan cinta seorang insan yg bernama kekasih... jd, bersyukurlah insan yg telah Allah beri peluang utknya bertemu seseorg yg mencintainya.. hargainya, dan jagalah kesucian cinta itu dgn berlandaskan kalimah Allah, semoga rahmat dan hidayah ALLAH mengiringi perjalanan hidupmu.. dan buat sesiapa yg masih cintanya bertepuk sebelah tgn, bersabarlah... Allah sedang mengujimu dgn ujian cinta yg cukup hebat.. bersyukurlah kerana kamu telah dipilih oleh Allah untuk diuji... dan jgn lupa bahawa Allah menguji hambanNYA kerana die menyayangi hambaNYA.. kuatkan imanmu..kerana suatu ketika nanti..ia pasti akan hadir dlm hidupmu untuk menyemai kasih yg tulus dan halal sampai ke syurga...bersabarlah.. kerana sesungguhnya ini adalah perjalanan hakiki menuju tuhanmu...

Wednesday, October 6, 2010

AL-QURAN PENEMAN HIDUP...


Ini adalah hadis dr rasullullah yg telah aku baca di facebook. hadis ini telah berjaya menitiskan air mataku... buat sahabat2ku.. marilah kite same2 renungkn hadis ini, dan jadikanlah Al-quran itu sebagai pendamping hidup kita....


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'



Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'



Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'



When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.



Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because



Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:



'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.



'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Tuesday, September 28, 2010

pandanganku.....


Setiap kali aku memandang wajahmu…
Pandanganmu menusuk ke kalbu..
Senyumanmu membuatkan aku semakin tak berdaya….
Suaramu membuatkan aku makin terbuai dek perasaan ini….
Entah mengapa setiap kali bersama mu…
Aku terasa senang dan dilindungi…
Terasa diri di suatu tempat yang indah….
Bila aku tersedar…
Aku mengerti bahawa itu hanyalah sementara….
Walaupun kita bersama sebagai sahabat….
Walaupun hanya untuk seketika…
Namun….
Kenangan bersamamu tak kan pernah ku lupakan….
Kerana telah terselit sejuta cinta dan kasih..
Dalam hatiku untukmu…
Walaupun aku sedar aku hanyalah sahabat…
Pada pandangan matamu….
Aku juga mengerti bahawa aku…
Hanyalah batu pasir yang tiada nilainya di hatimu….
Tapi kau tetap permata di hatiku..
Yang akan tetap bersinar sampai ke akhir hayatku….
Yang akan aku nikmati dari jauh…
Cukuplah sekadar aku dapat melihatmu bahagia…
Disisi insan yang kau cintai…

BIDADARIMU......


Hari berganti hari…
Bulan berganti bulan…
Tahun berganti tahun…
Kini tiada lagi dayaku untuk menanggung perasaan ini…
Wahai insan yang ku cinta…
Mengertilah cintaku ini…
Apa lagi yang engaku mahu aku lakukan..
Apa lagi usaha yang bolehku lakukan…
Untuk membuat kau mengerti cintaku ini…
Tidak pernah kusalahkan takdir…
Tidak jua ku menyalahkan mu…
Kerana ini semua salahku tidak pernah meluahkan padamu..
Bukan aku tidak mahu meluahkan…
Tetapi aku takut diriku ini akan kau tolak…
Aku takut kau akan menjauhkan diri dariku….
Cukuplah sekadar aku dpt melihat kau bahagia…
Aku akan sentiasa berdoa…
Supaya aku dapat menjadi bidadari..
Yang sentiasa mendampingimu di syurga nanti…
Maafkan aku kerana terlalu mencintaimu…
Maafkan aku kerana tetap merinduimu…
Walaupun aku tahu…
Aku tidak layak untukmu….

TITIPAN UNTUKMU......


Di angin lalu ku titipkan rindu ini….
Rindu yg ku pendam buatmu…
Dengan harapan….
Setiap kali sang bayu menyapa tubuhmu…
Dia membawa sejuta rindu dariku untukmu….
Semoga dengan cara itu….
Kau mengerti betapa aku merinduimu….
Dalam renyai hujan…
Ku alirkan air mata cinta…
Setiap kali kau melihat hujan turun….
Setiap kali kau basah dek hujan yang turun…
Itulah cintaku yang membaluti seluruh tubuhmu…
Itulah cintaku yang memenuhi segenap ruang hidupmu…
Akanku menjadi penanti yang setia…
Setia menanti cintaku bertaut….
Doaku….
Satu hari nanti kau mengerti hatiku…
Sanggup menerimaku…
Dan sentiasa disisi menemaniku sepanjang hayatku…
Ku nantikan saat itu dengan penuh kesabaran…..

Tuesday, August 31, 2010

kini ia kembali semula.....

Bismillahhirrahmanirrahim....
arini ak nk kongsi satu perasaan yang baru saje kembali sebentar tadi.. tadi lepas solat isyak, tetibe je ati terdetik untuk berjalan semula. Ia kembali lagi...entah knp semangat yang telah ak tinggalkan 5 tahun lepas kembali semula membakar di jiwa ku... keyakinan yang dulu dah ilang kini dtg balik...tetibe je keyakinan untuk berjalan semula mengetuk pintu hatiku...adakah ini petunjuk dari Allah?? adakah ini tandanya Allah nk ak berusaha untuk berjalan lagi?? doa yang ak dh tinggal kan selama 5 tahun kini amat menusuk dan memaksa ak untuk mengucapkannya kembali... Ya Allah..jika kau mengizinkan ak untuk berjalan semula..tunjukkan lah aku jalan untuk aku memulakan kembali perjuangan ku ini...ya Allah..jika kau mengizinkan aku untuk menapak semula..,berikan aku ketabahan,kesabaran juga semangat untk aku terus mencuba sedaya upaya ku supaya nanti ak tidak kecundang di tengah jalan...gelora di hati n9i hanya ALLAH je yg tahu..ak teringin sgt nk jalan semula...walaupun x sama mcm org yg normal..tp ak nk bgun dr kerusi roda ni... dan jika aku diberi kesempatan untuk berjalan..tempat pertama yg akn ak tuju adalah masjid, iaitu rumah ALlAH. 3 hari lepas ak bermimpi..ak mimpi yg ak blh menapak semula..terharu sgt mimpi tu.. ak hanay anggap mimpi tu sbg mainan tido..Tp arini........, ak beul2 dpt rasakan, yang Allah nk ak berusaha kembali...hatiku yg tdk punya keyakinan seolah2 telah ditiupkan 1 keyakinan untuk mencuba kembali... Ya Allah... hamba ingin mencuba..hamba ingin bangun kembali... Kau bantulah hamba ya ALLAH. berikan hamba kekuatan untuk menempuh semuanya...sbp hamba tahu bukan mudah untuk berjalan kembali... perlukan sepenuh tenaga...ya Allah...permudahkanlah hambamu ini dalam mengejar impian ku yang telah lama hamba impikan....perjalanan yang penuh dgn onak duri juga liku2 yang sukar hanya dpt hamba tempuh dgn bantuanmu YA ALLAH. amin ya RABBAL ALAMIN.....

Sunday, August 29, 2010

Dari Kejauhan........................


dari kejauhan,

aku menatap wajahmu....

dari kejauhan,

ku melihat tingkahmu....

dari kejauhan,

aku mengekorimu.....

dari kejauhan,

ku mendoakanmu...

dari kejauhan...

aku merinduimu....

dalam diam,

aku mencintaimu....

hanya satu pintaku,

izinkan aku mencintaimu buat selamanya......

Wednesday, August 11, 2010

hari pertama dibulan yg mulia

assalamualaikum..,
hari ni hari pertama brpuasa dlm taun 2010.. Terasa sedikit penat tp lebh terasa kesyahduannya kerana dpt merasa nikmat pahala dan juga brsyukur sbp ak sekali lg dberi peluang untk menjejak ke bulan ramadhan yg amat mulia. Ak rindu sgt kt bulan ni..semoga ramadhan kali ini dpt memberikan perubahan dlm diri ak.. Agak sedh sbp x dpt nk sambt puasa dgn family,tp xpk..ak tempuhi sumenye dgn kegembraan.

Thursday, July 22, 2010

kematian

aslamualaikum semua..kepada sesiapa sahaja yg membaca blog ni...tahu x ape itu kematian? kematian adalah saat di mata roh akan terpisah dari jasadnya... pada ketika itu, tiada sesiape pun yg dpt membantu kita selain dari amalan yg telah kite lakukan.. sungguh sakit sakaratul maut itu.sedangkan nabi sendiri merasai sakit yg cukup dasyat. inikan lg kita manusia biasa yg byk dosanya.. pernahkah kita terfikir adakah kita bersedia untuk pergi menemui Allah yg maha Esa... apakah kita sudah cukup amalan untuk menemui Allah yg sentiasa di sisi kita waktu ssh dan senang..dan adakah kita menyedari bahawa kematian itu sudah cukup dekat dgn kita....? cuba pejamkan mata dan renungkan sejenak..adakah kita akn menemui Allah dgn keadaan yg kaya atau miskin..renungkanlah..

Friday, April 30, 2010

sebuah harapan...

Di malam yang indah ini…..
Angin meniup selembut sutera….
Menyelinap masuk ke dalam hatiku yang sepi…..
Sepi menanti cinta dari mu…
Ku pendam sebuah duka…
Duka yang tidak dapat dirasa
Oleh bahu yang memikul…
Duka yang Tidak dapat dilihat
Oleh mata yang merenung..
Juga tidak dapat didengar
Dari bisikan yang meraung…
Tapi….
Ia hanya dapat dirasa,dilihat juga didengar..
Oleh setiap hati yang menyinta…
Biarpun hanya diucap di dalam hati…
Namun getarnya jelas tergambar diwajah…
Getar menantikan saat kau hadir…
Hadir memberikan sinar juga kasih..
Kepada hati ini yang merindu..
Merindu cinta darimu…
Ku doa kau hadir disisiku..
Agar duka ini akan berganti dengan kasih dan sayangmu….

Wednesday, April 28, 2010

cinta yang tak terucap...

Setiap kali aku memandang wajahmu…
Pandanganmu menusuk ke kalbu..
Senyumanmu membuatkan aku semakin tak berdaya….
Suaramu membuatkan aku makin terbuai dek perasaan ini….
Entah mengapa setiap kali bersama mu…
Aku terasa senang dan dilindungi…
Terasa diri di suatu tempat yang indah….
Bila aku tersedar…
Aku mengerti bahawa itu hanyalah sementara….
Walaupun kita bersama sebagai sahabat….
Walaupun hanya untuk seketika…
Namun….
Kenangan bersamamu tak kan pernah ku lupakan….
Kerana telah terselit sejuta cinta dan kasih..
Dalam hatiku untukmu…
Walaupun aku sedar aku hanyalah sahabat…
Pada pandangan matamu….
Aku juga mengerti bahawa aku…
Hanyalah batu pasir yang tiada nilainya di hatimu….
Tapi kau tetap permata di hatiku..
Yang akan tetap bersinar sampai ke akhir hayatku….
Yang akan aku nikmati dari jauh…
Cukuplah sekadar aku dapat melihatmu bahagia…
Disisi insan yang kau cintai....