Pages

himpunan doa photo himpunandoa.gif

Followers

Tuesday, September 28, 2010

pandanganku.....


Setiap kali aku memandang wajahmu…
Pandanganmu menusuk ke kalbu..
Senyumanmu membuatkan aku semakin tak berdaya….
Suaramu membuatkan aku makin terbuai dek perasaan ini….
Entah mengapa setiap kali bersama mu…
Aku terasa senang dan dilindungi…
Terasa diri di suatu tempat yang indah….
Bila aku tersedar…
Aku mengerti bahawa itu hanyalah sementara….
Walaupun kita bersama sebagai sahabat….
Walaupun hanya untuk seketika…
Namun….
Kenangan bersamamu tak kan pernah ku lupakan….
Kerana telah terselit sejuta cinta dan kasih..
Dalam hatiku untukmu…
Walaupun aku sedar aku hanyalah sahabat…
Pada pandangan matamu….
Aku juga mengerti bahawa aku…
Hanyalah batu pasir yang tiada nilainya di hatimu….
Tapi kau tetap permata di hatiku..
Yang akan tetap bersinar sampai ke akhir hayatku….
Yang akan aku nikmati dari jauh…
Cukuplah sekadar aku dapat melihatmu bahagia…
Disisi insan yang kau cintai…

BIDADARIMU......


Hari berganti hari…
Bulan berganti bulan…
Tahun berganti tahun…
Kini tiada lagi dayaku untuk menanggung perasaan ini…
Wahai insan yang ku cinta…
Mengertilah cintaku ini…
Apa lagi yang engaku mahu aku lakukan..
Apa lagi usaha yang bolehku lakukan…
Untuk membuat kau mengerti cintaku ini…
Tidak pernah kusalahkan takdir…
Tidak jua ku menyalahkan mu…
Kerana ini semua salahku tidak pernah meluahkan padamu..
Bukan aku tidak mahu meluahkan…
Tetapi aku takut diriku ini akan kau tolak…
Aku takut kau akan menjauhkan diri dariku….
Cukuplah sekadar aku dpt melihat kau bahagia…
Aku akan sentiasa berdoa…
Supaya aku dapat menjadi bidadari..
Yang sentiasa mendampingimu di syurga nanti…
Maafkan aku kerana terlalu mencintaimu…
Maafkan aku kerana tetap merinduimu…
Walaupun aku tahu…
Aku tidak layak untukmu….

TITIPAN UNTUKMU......


Di angin lalu ku titipkan rindu ini….
Rindu yg ku pendam buatmu…
Dengan harapan….
Setiap kali sang bayu menyapa tubuhmu…
Dia membawa sejuta rindu dariku untukmu….
Semoga dengan cara itu….
Kau mengerti betapa aku merinduimu….
Dalam renyai hujan…
Ku alirkan air mata cinta…
Setiap kali kau melihat hujan turun….
Setiap kali kau basah dek hujan yang turun…
Itulah cintaku yang membaluti seluruh tubuhmu…
Itulah cintaku yang memenuhi segenap ruang hidupmu…
Akanku menjadi penanti yang setia…
Setia menanti cintaku bertaut….
Doaku….
Satu hari nanti kau mengerti hatiku…
Sanggup menerimaku…
Dan sentiasa disisi menemaniku sepanjang hayatku…
Ku nantikan saat itu dengan penuh kesabaran…..