Pages

himpunan doa photo himpunandoa.gif

Followers

Tuesday, September 28, 2010

pandanganku.....


Setiap kali aku memandang wajahmu…
Pandanganmu menusuk ke kalbu..
Senyumanmu membuatkan aku semakin tak berdaya….
Suaramu membuatkan aku makin terbuai dek perasaan ini….
Entah mengapa setiap kali bersama mu…
Aku terasa senang dan dilindungi…
Terasa diri di suatu tempat yang indah….
Bila aku tersedar…
Aku mengerti bahawa itu hanyalah sementara….
Walaupun kita bersama sebagai sahabat….
Walaupun hanya untuk seketika…
Namun….
Kenangan bersamamu tak kan pernah ku lupakan….
Kerana telah terselit sejuta cinta dan kasih..
Dalam hatiku untukmu…
Walaupun aku sedar aku hanyalah sahabat…
Pada pandangan matamu….
Aku juga mengerti bahawa aku…
Hanyalah batu pasir yang tiada nilainya di hatimu….
Tapi kau tetap permata di hatiku..
Yang akan tetap bersinar sampai ke akhir hayatku….
Yang akan aku nikmati dari jauh…
Cukuplah sekadar aku dapat melihatmu bahagia…
Disisi insan yang kau cintai…

No comments:

Post a Comment